Isnin, 16 November 2009

Menyusuri Kegemilangan Al Fateh Sang Penakluk.

Hari ke 3 di Turki, awal pagi dah bangun. Hari ni plan nak menyusuri Selat Bhophorus di mana satu selat yang menghubungkan dari Laut Marmara ke Laut Hitam. Disebabkan awal lagi, kami berjalan kaki ke Masjid Biru/Blue Mosque, untuk tujuan Ziarah ke dalamnya pada hari siang...mlm ni nk Solat Isyak dan Maghrib kt dalamnya....InsyAllah.

Pict dari Blue Mosque dan Selat Bhosphorus.

Bayaran tiket Bhosphorus Cruise : 20TL seorang.

Jangka Masa perjalanan : 4 jam pelayaran, 3 jam di kg nelayan.














Setelah Sile dan Agva...

Entry kali ni, nak story sikit pengalaman  ke Agva dan Sile.
Agva dan sile, kawasan perkampungan nelayan Turki di sebelah Benua Asia. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam saje dari Istanbul. Semasa perjalanan kami di tahan oleh Jandama, iaitu Polis Turki yang berkuasa seperti tentera di Turki. Nasib baik bw passpot, dan Jandama tu tidak memeriksa pun kami di dalam van ni...yg turut ada 5 org lagi pelancong dari Algeria dan Europah ( xtau plak dari mana).

Perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan berbukit bukau dan hutan sepanjang perjalanan, termasuk beberapa bandar kecil serta kawaasan perkhemahan pada setiap kali musim panas, atau Summer Camp.

Setelah kembali dari Sile dan Agva, jam 8 mlm kami sampai di Istanbul, terus saja pusing2 mencari Turkish Delight ke beberapa kedai sekitar hotel kami.. Balik ke hotel dan terus tidur...letih. Esok nk ke Bhosphorus Cruise plak...

Picts lagi :





Seabass...lunch tepi laut Hitam.



Jem jugak...hehe, lihat orang mencari rezeki di celah-celah kereta tu...ada jual air, ada jugak yg dukung anak...ishh ishh



Tuvalet..kat Restoran Mola dalam hutan.

Sabtu, 3 Oktober 2009



Black Sea Background...




Turkish Tea @ Cay!!!









 


Pict dari trip ke Agva dan Sile....behenti rehat dan lunch, pekena Cay kat restoran dlm hutan...

Isnin, 10 Ogos 2009

Hari 2...sambung lagi.

Setelah lama tak mengarang, tak berkesempatan masanya.....kita sambung semula, agak lama dan puas menatap dan mengagumi Istana Topkapi ni, memori kad pun dh habis...hmmm. Rugi la kalau tak snap gmbr dgn byk...so, bg menyelesaikan masalah, kami decide balik bilik di, sambil rehat dan juga save gambar-gambar yg dh di'snap' Apa susah, hotel 10 minit je dari Istana Topkapi. Dalam perjalanan ke hotel, berhampiran Istana Topkapi menuju ke Aya Sophia dan juga Blue Mosque, kami singgah sekejap2 di kedai2 di deretan jalan untuk melihat barangan dan cenderahati.


Beberapa maklumat mungkin boleh digunakan :

Tiket :

Yerebatan Sarnici : 20TL = RM45 (lebih kurang la) seorang.

Istana Topkapi/Topkapi Sarayi : 20 TL seorang ( Harem Section bayaran lain).

Di sini x cukup setengah hari, mesti habiskan 1 hari baru betul-betul menghayati sejarah..memang best dan bermaklumat lawatan di sini.

Sebelah malam, saya n wife mengisi jadual dengan berjalan dan bersiar-siar di sekitar Istanbul Old Town dan menghirup udara malam Istanbul di persekitaran Blue Mosque dan melihat-lihat Aya Sophia pada waktu malam...memang mengagumkan kedua-dua binaan tersebut...suasana yg nyaman sangat terasa pada waktu malam berada di persekitaran Blue Mosque ni...para pelancong dan peniaga bertebaran di sekitaran. Uniknya minuman Teh Turki pelbagai perisa dijual secara terus kepada pelanggan tiada kedai tiada coffee house...walaupun diseberang jalan ada cafe...peniaga yang mencari rezeki terus mencari pelanggan yang duduk di bangku sekitar persiaran di antara Blue Mosque dan Aya Sophia...harga pun 1TL je secawan. Dihidang panas dan sangat membantu menangani kesejukan malam di Istanbul bagi kami.
Setelah rasa agak lewat dan keletihan dan juga telah membeli beberapa helai baju dan tanda mata dari peniaga benama Emrah, sepupunya, Murat dan juga mak Emrah, Mama Fatimah yang kami kenali setelah kira2 sejam berbual dgn Emrah yang ternyata sangat peramah...lantas Mama Fatimah menjemput kami untuk makan malam bersama. Kami bersetuju...inilah persaudaraan Islam yang begitu menyentuh hati ketika berada disana. Walaupun baru seketika berbual terasa Islam itu ternyata  mengatasi semangat perkauman dan rasa universal inilah yang Allah kehendak...di mana "Kami mencipta kamu berbagai bagai kaum supaya kamu mengenali satu sama lain".... Al Quran. Kami pulang ke hotel untuk menyimpan tenaga bagi lawatan esok hari. Esok ke Sile dan Agva...perkampungan Turki di Benua Asia.



Masjid Biru or Sultanahmet Camii @ Night...tgok le burung-burung camar berterbangan di atasnya!



 Pemandangan sebuah kampung tradisional di Sile, Asian Side, Turki.



  Guide/ pemandu pelancong ke Sile dan Agva. 




Jamuan makan malam bersama Emrah, Murat, Mama Fatimah dan juga Alias dari Kedah.

Khamis, 23 Julai 2009

sambung...hari 2 di Istanbul.


Lin di anjung Ramadhan Istana Topkapi...latar belakang Menara Galata.


Nasi Turki.....RM12tl kalau x silap...sebat aje leerr...

Satu sudut lagi pemandangan ke bilik bersidang tetamu dan Sultan



Tempat rehat sang sultan sewaktu bulan Ramadhan dan ketika nk berbuka puasa...
Dibawah ni beberapa picts lagi dari Istana Topkapi...


From Europe to asia...



Satu sudut di Istana Topkapi.




Air pancut..... bekas dia tu cantik!!!
zaman dulu pun dah ada air pancut ni kerr???













Isnin, 6 Julai 2009

Topkapi Sarayi

Ramainya pelancong...susah nak cari muka Melayu. Pemandangan sekitar Istana Topkapi.

Berdua bersama...hehehe

Latar belakang Selat Bhoporus. Di anjung Topkapi Sarayi.


Batu bersurat kot....



Pintu gerbang masuk ke Topkapi Sarayi, kini menjadi muzium.


Beberapa picts di Topkapi Sarayi, istana yg dibina pada zaman Sultan Muhamad Fateh, setelah dapat menawan kota Konstantinopel dari Maharja Rom...
arkitek dan tukang yang dibawa dari Kota Baghdad,Iraq membina istana ni...istana yang menenangkan sang sultan dan mengingatkan baginda kepada Allah serta tanggungjawabnya terhadap umat Islam sedunia semasa itu. Tiket nak masuk ke Istana ni rega dia 20TL (RM40++) untuk seorang, t empat yg luas, sebelum masuk tu, jalan2 dulu sekitar taman di luar kota istana sudah cukup mengagumkan...bunga-bunga yang di jaga dengan baik, persekitaran yg bersih dan juga suasana aman damai, terletak di atas puncak bukit menghadap Selat Bhosporus dan juga Laut Marmara dan di tepinya Tanduk Emas...lokasi yang sangat strategi bagi memerhati dan mengawal laluan kapal memasuki Istanbul.
Antara khazanah yang dapat dilihat di Istana Topkapi ni ialah, pedang-pedang pejuang dan Khalifah Islam seperti Pedang Saidina Omar, Saidina Ali, Saidina Usman, pedang Nabi Daud/David, Tongkat Nabi Musa, kunci-kunci pintu kaabah, salur air emas, pakaian-pakaian diRaja Khalifah Turki Uthmaniyah dan macam2 lagi...tp sayang beberapa bahagian penting dalam istana masih dan baikpulih dan ditutup kepada umum. Antaranya bahagian ketenteraan. Sayang sekali semua artifak tidak dibenarkan dirakam dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Jadi tengok aje lee...gambar pemandangan sekitar istana sahaja yang ada.
Hmmm dah lama tak sambung cite...skrg nk sambung, sampai mana dah, lupa nk mula kt mana....ya...jumpa dah. Lepas puas menikmati pemandangan di Istana Topkapi, koi n wife dah puas menatap pemandangan yang sangat cantik dan saujana mata memandang ke arah Laut Marmara dan juga Selat Bhosphorus, juga memandang ke arah semenanjung Galata, arah Golden Horn, di mana sebuah kerajaan bukan Islam yang telah berdamai dengan Sultan Muhamed Fateh ketika usaha Sultan Al Fateh mengurangkan musuh seterusnya memudahkan usaha menawan Kota Konstantinopel...raja Galata ni lebih suka bernaung dengan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah daripada Maharaja Rom di Konstantinopel yang zalim....habis bateri dan dah penuh dah kamera koi...nak amik pict camane lepas nih.....jom balik bilik...koi ajak Lin, wife koi nak rehat dan save gmbr dulu dlm lptop...pasni amik gambar byk2 lagi!!! Lapo la plak....cari makan dulu hehhe...masuk restoran cari makanan yg ada nasi...alhamdulillah usai je makan, terus balik bilik...

Khamis, 2 Julai 2009

Hari Ke 2-Basilica Cistern


Kepala Medusa...terbalik juga, monumen ni glemer btul bagi pengembara di Istanbul.


Dalam Basilica Cistern - tangki simpanan air ke Istana Maharaja Rom .


Tugu koi di depan Basilica Cistern...532 A.D



Pagi di Istanbul, sayup sayup kedengaran azan subuh bersahut sahutan dari masjid masjid sekitar Istanbul...subuh lebih kurang 4.30 pagi. Koi dan Lin bangun dan bersiap untuk solat subuh...dan pagi2 lagi koi dah keluar dari bilik hotel untuk bersiar siar sekitar Istanbul...heh..kul 6 pagi dh kuar bilik, hari dh cerah laa...berbekalkan peta yg diperolehi dari petugas hotel, koi pun mencari cari jalan untuk melihat lihat sekitar Istanbul dan Sultanahmet...udara pagi yg segar, memang best...orang belum ramai di jalanan, keadaan jalan raya masih kurang sibuk, tapi, tram dh mula beroperasi...koi n wife bersetuju untuk menaiki tram ke Kabatas, di sebelah Galata, dengan bayaran 1.50 TL seorang dan boleh turun di mana2 stesen, kena beli di kios2 yang tertulis Jeton Gisse (kalau x silap la ). Menaiki tram di pagi hari ni agak melegakan sebab tak ramai orang lagi. Waktu keja kul 8 pagi, oleh kerana summer season, kul 6 pagi dah cerah. Menaiki tram melalui kawasan2 penting seperti Blue Mosque, Aya Sophia, Eminonu melalui bazaar rempah, Yeni Camii, universiti seni Sinan di sebelah Galata dan berhenti di stesen akhir di Kabatas.
Lawatan hari ni ke Yerebatan Sarnici or Basilica Cistern....bayaran masuk 10TL..seorang, agak mahal pasal tempat kecik , cuma makan masa 10-15 minit nak round habis...byk tiang besar2 je.
Kapla medusa ada dok dlm ni la...ada 2 kapla dia...satu terbalik satu lagi mengiring...ntah la sebab apa...

Jumaat, 26 Jun 2009

"...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!"- Napolen Bonaparte







Salam...

Kembara(luar negara) pertama koi(saya dalm bahasa temeloh) dengan wife koi..Istanbul terpilih atas beberapa dasar....hmmm memang puas hati dan berbaloi la.Perjalanan ke Istanbul koi ni bermula dari 7 jun 09 hingga 12 jun 09. Penerbangan dgn Fly emirates dari Changi Sgpore-DXB-Istnbul. Kembara Istanbul ni bermula plannya 2 bulan sebelum D-Day. Plan sebelumnya ke Sydney or Brisbane, tp setelah dipikir2....Istanbul lagi bermakna..Blue Mosque menanti....hmmm dh terbayang nk solat di dalamnya....WOW!!! InsyaAllah....

Sambung lagi...perancangan ke Istanbul bermula dgn penempahan tiket fly emirates pada harga yg sgt patut dan murah...untuk perjalanan yg memakan masa lebih kurang 13 jam merangkumi masa transit dan cruise onboard...

Hari 1...Perjalanan dimulakan dari Shah Alam, Seksyen 25 ke LCCT untuk menaiki Air Asia ke Changi, Sgpore, jam0630 berlepas dan sampai di Changi, 0730 lebih kurang. Check In dgn emirates untuk flight dari Changi ke Dubai...flight jam 0945. Sementara nunggu, check email dan FB di airport changi...best tu ada internet free siap dgn kaunter dan 8 PC setiap kaunter..free jeek. Gunala kalau x malu...koi pun dgn rasa kurang malu...mengecheck la email dan FB koi smntara nunggu onboard....la weeihhh..ramai jugak naik flight sekali..penuh daa.

Tiba di Dubai lebih kurang jam 1245 dan bekejar terus utk solat jama' Zohor Asar di Dubai Airport, pastu jalan2 sambil jenguk2 kt duty free di aipot dubai ni...flight ke Istanbul 1445...trus g check in dan onboard...delay plak sejam rugi. Hmmm..wat camana airport Istanbul sibuk masa ni dgn F1 GP...pastu kena singgah plak kejap kt Ankara....la ptut la dia patah balik td...ingat terus ke Istanbul, x jadi...Airport Istanbul traffic jammed...pblem yg sama F1 GP...delay lagi sejam...haru sungguh. ETA asal jam 1745...dah terdelay sampai di Istanbul jam 2000. Turun dari flight mata koi cari2 jugak mana la camera screening H1N1 ni...bimbang juga, koi demam dan selsema sejak dari Malaysia lagi....buatnya ditahan dan dikuarantin ..dah hapah xle g jalan mana...tp, Alhamdulillah lepas jugak imegresen Turki dan selamat la koi dgn wife untuk perjalanan dari Changi-Dubai-Istanbul lebih kurang 14 jam dalam kapei torobang...Alhamdulillah. Tp..pblem menanti rupanya...

Sesampai di Istanbul, mata koi mencari wakil dari hotel penginapan koi, mana la tau dia ada menunggu koi sebagaimana yg dijanjikan dalam website hotel...kemudahan shutlle airport ke hotel. Puas menengok sekeliling, byk la kadbod dan tanda nama...tp orang lain la. Nama koi xde...aduh, memang xde la tuh...bincang2, naik teksi la...

Naik teksi, kena ikut giliran, naik teksi yg di depan, jgn memotong barisan.hehhee. Bertemu dgn driver teksi warna kuning teksi dia...FIAT. Koi pun mintak la dihantar ke Cordial hotel house, tp dia pun xtau kt mana...aduh, address katanya...alamak, xde la plak addressnya...maklum la travel xde agen, lupa lak nak amik add hotel tu dari email...koi pun tahan la teksi kedua...ok, boleh bila koi cakap di Beyazid...driver pun mula memandu teksi Fiatnya, laju dan ganas...sepanjang jalan, koi tengok ramainya manusia bersantai dgn family masing2 di hadapan Laut Marmara...tempat berlakunya peperangan demi peperangan sejak berzaman zaman...hingga la perang Dunia pertama. Keadaan agak sibuk dgn kereta yang diletakkan di bahu jalan. Hari berkeluarga agaknya...padahal esok hari Isnin, keja...apapun, mcm best je diaorang duk berkelah. Mlm pertama di Cordial Hotel House...sesudah check-in, koi ambil peluang untuk rehat sepenuhnya...esok bermula xpdc koi di bumi Istanbul...terima kasih kepada pemandu teksi tadi dgn bayaran 40TL, dan beberapa halangan kerana sesat, coz Cordial Hotel House ni letaknya di kawasan Sultanahmet, bukan di Beyazid..hahaha. MAsuk bilik, kemas2 dan terus tidur.....ZZZZZZZ