Isnin, 16 November 2009

Setelah Sile dan Agva...

Entry kali ni, nak story sikit pengalaman  ke Agva dan Sile.
Agva dan sile, kawasan perkampungan nelayan Turki di sebelah Benua Asia. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam saje dari Istanbul. Semasa perjalanan kami di tahan oleh Jandama, iaitu Polis Turki yang berkuasa seperti tentera di Turki. Nasib baik bw passpot, dan Jandama tu tidak memeriksa pun kami di dalam van ni...yg turut ada 5 org lagi pelancong dari Algeria dan Europah ( xtau plak dari mana).

Perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan berbukit bukau dan hutan sepanjang perjalanan, termasuk beberapa bandar kecil serta kawaasan perkhemahan pada setiap kali musim panas, atau Summer Camp.

Setelah kembali dari Sile dan Agva, jam 8 mlm kami sampai di Istanbul, terus saja pusing2 mencari Turkish Delight ke beberapa kedai sekitar hotel kami.. Balik ke hotel dan terus tidur...letih. Esok nk ke Bhosphorus Cruise plak...

Picts lagi :





Seabass...lunch tepi laut Hitam.



Jem jugak...hehe, lihat orang mencari rezeki di celah-celah kereta tu...ada jual air, ada jugak yg dukung anak...ishh ishh



Tuvalet..kat Restoran Mola dalam hutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan