Isnin, 6 Julai 2009

Topkapi Sarayi

Ramainya pelancong...susah nak cari muka Melayu. Pemandangan sekitar Istana Topkapi.

Berdua bersama...hehehe

Latar belakang Selat Bhoporus. Di anjung Topkapi Sarayi.


Batu bersurat kot....



Pintu gerbang masuk ke Topkapi Sarayi, kini menjadi muzium.


Beberapa picts di Topkapi Sarayi, istana yg dibina pada zaman Sultan Muhamad Fateh, setelah dapat menawan kota Konstantinopel dari Maharja Rom...
arkitek dan tukang yang dibawa dari Kota Baghdad,Iraq membina istana ni...istana yang menenangkan sang sultan dan mengingatkan baginda kepada Allah serta tanggungjawabnya terhadap umat Islam sedunia semasa itu. Tiket nak masuk ke Istana ni rega dia 20TL (RM40++) untuk seorang, t empat yg luas, sebelum masuk tu, jalan2 dulu sekitar taman di luar kota istana sudah cukup mengagumkan...bunga-bunga yang di jaga dengan baik, persekitaran yg bersih dan juga suasana aman damai, terletak di atas puncak bukit menghadap Selat Bhosporus dan juga Laut Marmara dan di tepinya Tanduk Emas...lokasi yang sangat strategi bagi memerhati dan mengawal laluan kapal memasuki Istanbul.
Antara khazanah yang dapat dilihat di Istana Topkapi ni ialah, pedang-pedang pejuang dan Khalifah Islam seperti Pedang Saidina Omar, Saidina Ali, Saidina Usman, pedang Nabi Daud/David, Tongkat Nabi Musa, kunci-kunci pintu kaabah, salur air emas, pakaian-pakaian diRaja Khalifah Turki Uthmaniyah dan macam2 lagi...tp sayang beberapa bahagian penting dalam istana masih dan baikpulih dan ditutup kepada umum. Antaranya bahagian ketenteraan. Sayang sekali semua artifak tidak dibenarkan dirakam dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Jadi tengok aje lee...gambar pemandangan sekitar istana sahaja yang ada.
Hmmm dah lama tak sambung cite...skrg nk sambung, sampai mana dah, lupa nk mula kt mana....ya...jumpa dah. Lepas puas menikmati pemandangan di Istana Topkapi, koi n wife dah puas menatap pemandangan yang sangat cantik dan saujana mata memandang ke arah Laut Marmara dan juga Selat Bhosphorus, juga memandang ke arah semenanjung Galata, arah Golden Horn, di mana sebuah kerajaan bukan Islam yang telah berdamai dengan Sultan Muhamed Fateh ketika usaha Sultan Al Fateh mengurangkan musuh seterusnya memudahkan usaha menawan Kota Konstantinopel...raja Galata ni lebih suka bernaung dengan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah daripada Maharaja Rom di Konstantinopel yang zalim....habis bateri dan dah penuh dah kamera koi...nak amik pict camane lepas nih.....jom balik bilik...koi ajak Lin, wife koi nak rehat dan save gmbr dulu dlm lptop...pasni amik gambar byk2 lagi!!! Lapo la plak....cari makan dulu hehhe...masuk restoran cari makanan yg ada nasi...alhamdulillah usai je makan, terus balik bilik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan