Isnin, 8 Februari 2010

Picts sepanjang cruise...


 

 Dari Jauh...Topkapi Sarayi, Aya Sophia dan Blue Mosque

  

Rumeli Hisari 


Pemandangan sepanjang menaiki cruise, ni baru saje berlepas dari jeti, dari jauh nampak tersusun sebaris Topkapi Sarayi (1 menara), Aya Sophia (4 menara) dan Masjid Biru (6 menara). Rumeli Hisari tu pulak digunakan Sultan Muhamed Fateh sebagai benteng pertahanan untuk operasi menakluk Konstantinopel....waa lama tul benteng ni, dari 1450 dah ada , kekal sampai sekarang...best tul la. 



 

While cruising...makcik Swiss tlg amik pict ni.

  

Dolmabache, Istana Kesultanan Othmaniyyah era Abad 19, tempat terakhir Kamal Attarturk sebelum mati.

  

Bridge connecting between Europe and Asia

  

Kg Nelayan...ntah apa namanya, lupe le.



Roti Besar yg dijual... 

Isnin, 16 November 2009

Menyusuri Kegemilangan Al Fateh Sang Penakluk.

Hari ke 3 di Turki, awal pagi dah bangun. Hari ni plan nak menyusuri Selat Bhophorus di mana satu selat yang menghubungkan dari Laut Marmara ke Laut Hitam. Disebabkan awal lagi, kami berjalan kaki ke Masjid Biru/Blue Mosque, untuk tujuan Ziarah ke dalamnya pada hari siang...mlm ni nk Solat Isyak dan Maghrib kt dalamnya....InsyAllah.

Pict dari Blue Mosque dan Selat Bhosphorus.

Bayaran tiket Bhosphorus Cruise : 20TL seorang.

Jangka Masa perjalanan : 4 jam pelayaran, 3 jam di kg nelayan.














Setelah Sile dan Agva...

Entry kali ni, nak story sikit pengalaman  ke Agva dan Sile.
Agva dan sile, kawasan perkampungan nelayan Turki di sebelah Benua Asia. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam saje dari Istanbul. Semasa perjalanan kami di tahan oleh Jandama, iaitu Polis Turki yang berkuasa seperti tentera di Turki. Nasib baik bw passpot, dan Jandama tu tidak memeriksa pun kami di dalam van ni...yg turut ada 5 org lagi pelancong dari Algeria dan Europah ( xtau plak dari mana).

Perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan berbukit bukau dan hutan sepanjang perjalanan, termasuk beberapa bandar kecil serta kawaasan perkhemahan pada setiap kali musim panas, atau Summer Camp.

Setelah kembali dari Sile dan Agva, jam 8 mlm kami sampai di Istanbul, terus saja pusing2 mencari Turkish Delight ke beberapa kedai sekitar hotel kami.. Balik ke hotel dan terus tidur...letih. Esok nk ke Bhosphorus Cruise plak...

Picts lagi :





Seabass...lunch tepi laut Hitam.



Jem jugak...hehe, lihat orang mencari rezeki di celah-celah kereta tu...ada jual air, ada jugak yg dukung anak...ishh ishh



Tuvalet..kat Restoran Mola dalam hutan.

Sabtu, 3 Oktober 2009



Black Sea Background...




Turkish Tea @ Cay!!!









 


Pict dari trip ke Agva dan Sile....behenti rehat dan lunch, pekena Cay kat restoran dlm hutan...

Isnin, 10 Ogos 2009

Hari 2...sambung lagi.

Setelah lama tak mengarang, tak berkesempatan masanya.....kita sambung semula, agak lama dan puas menatap dan mengagumi Istana Topkapi ni, memori kad pun dh habis...hmmm. Rugi la kalau tak snap gmbr dgn byk...so, bg menyelesaikan masalah, kami decide balik bilik di, sambil rehat dan juga save gambar-gambar yg dh di'snap' Apa susah, hotel 10 minit je dari Istana Topkapi. Dalam perjalanan ke hotel, berhampiran Istana Topkapi menuju ke Aya Sophia dan juga Blue Mosque, kami singgah sekejap2 di kedai2 di deretan jalan untuk melihat barangan dan cenderahati.


Beberapa maklumat mungkin boleh digunakan :

Tiket :

Yerebatan Sarnici : 20TL = RM45 (lebih kurang la) seorang.

Istana Topkapi/Topkapi Sarayi : 20 TL seorang ( Harem Section bayaran lain).

Di sini x cukup setengah hari, mesti habiskan 1 hari baru betul-betul menghayati sejarah..memang best dan bermaklumat lawatan di sini.

Sebelah malam, saya n wife mengisi jadual dengan berjalan dan bersiar-siar di sekitar Istanbul Old Town dan menghirup udara malam Istanbul di persekitaran Blue Mosque dan melihat-lihat Aya Sophia pada waktu malam...memang mengagumkan kedua-dua binaan tersebut...suasana yg nyaman sangat terasa pada waktu malam berada di persekitaran Blue Mosque ni...para pelancong dan peniaga bertebaran di sekitaran. Uniknya minuman Teh Turki pelbagai perisa dijual secara terus kepada pelanggan tiada kedai tiada coffee house...walaupun diseberang jalan ada cafe...peniaga yang mencari rezeki terus mencari pelanggan yang duduk di bangku sekitar persiaran di antara Blue Mosque dan Aya Sophia...harga pun 1TL je secawan. Dihidang panas dan sangat membantu menangani kesejukan malam di Istanbul bagi kami.
Setelah rasa agak lewat dan keletihan dan juga telah membeli beberapa helai baju dan tanda mata dari peniaga benama Emrah, sepupunya, Murat dan juga mak Emrah, Mama Fatimah yang kami kenali setelah kira2 sejam berbual dgn Emrah yang ternyata sangat peramah...lantas Mama Fatimah menjemput kami untuk makan malam bersama. Kami bersetuju...inilah persaudaraan Islam yang begitu menyentuh hati ketika berada disana. Walaupun baru seketika berbual terasa Islam itu ternyata  mengatasi semangat perkauman dan rasa universal inilah yang Allah kehendak...di mana "Kami mencipta kamu berbagai bagai kaum supaya kamu mengenali satu sama lain".... Al Quran. Kami pulang ke hotel untuk menyimpan tenaga bagi lawatan esok hari. Esok ke Sile dan Agva...perkampungan Turki di Benua Asia.



Masjid Biru or Sultanahmet Camii @ Night...tgok le burung-burung camar berterbangan di atasnya!



 Pemandangan sebuah kampung tradisional di Sile, Asian Side, Turki.



  Guide/ pemandu pelancong ke Sile dan Agva. 




Jamuan makan malam bersama Emrah, Murat, Mama Fatimah dan juga Alias dari Kedah.

Khamis, 23 Julai 2009

sambung...hari 2 di Istanbul.


Lin di anjung Ramadhan Istana Topkapi...latar belakang Menara Galata.


Nasi Turki.....RM12tl kalau x silap...sebat aje leerr...

Satu sudut lagi pemandangan ke bilik bersidang tetamu dan Sultan



Tempat rehat sang sultan sewaktu bulan Ramadhan dan ketika nk berbuka puasa...
Dibawah ni beberapa picts lagi dari Istana Topkapi...


From Europe to asia...



Satu sudut di Istana Topkapi.




Air pancut..... bekas dia tu cantik!!!
zaman dulu pun dah ada air pancut ni kerr???













Isnin, 6 Julai 2009

Topkapi Sarayi

Ramainya pelancong...susah nak cari muka Melayu. Pemandangan sekitar Istana Topkapi.

Berdua bersama...hehehe

Latar belakang Selat Bhoporus. Di anjung Topkapi Sarayi.


Batu bersurat kot....



Pintu gerbang masuk ke Topkapi Sarayi, kini menjadi muzium.


Beberapa picts di Topkapi Sarayi, istana yg dibina pada zaman Sultan Muhamad Fateh, setelah dapat menawan kota Konstantinopel dari Maharja Rom...
arkitek dan tukang yang dibawa dari Kota Baghdad,Iraq membina istana ni...istana yang menenangkan sang sultan dan mengingatkan baginda kepada Allah serta tanggungjawabnya terhadap umat Islam sedunia semasa itu. Tiket nak masuk ke Istana ni rega dia 20TL (RM40++) untuk seorang, t empat yg luas, sebelum masuk tu, jalan2 dulu sekitar taman di luar kota istana sudah cukup mengagumkan...bunga-bunga yang di jaga dengan baik, persekitaran yg bersih dan juga suasana aman damai, terletak di atas puncak bukit menghadap Selat Bhosporus dan juga Laut Marmara dan di tepinya Tanduk Emas...lokasi yang sangat strategi bagi memerhati dan mengawal laluan kapal memasuki Istanbul.
Antara khazanah yang dapat dilihat di Istana Topkapi ni ialah, pedang-pedang pejuang dan Khalifah Islam seperti Pedang Saidina Omar, Saidina Ali, Saidina Usman, pedang Nabi Daud/David, Tongkat Nabi Musa, kunci-kunci pintu kaabah, salur air emas, pakaian-pakaian diRaja Khalifah Turki Uthmaniyah dan macam2 lagi...tp sayang beberapa bahagian penting dalam istana masih dan baikpulih dan ditutup kepada umum. Antaranya bahagian ketenteraan. Sayang sekali semua artifak tidak dibenarkan dirakam dan tidak dibenarkan mengambil gambar. Jadi tengok aje lee...gambar pemandangan sekitar istana sahaja yang ada.
Hmmm dah lama tak sambung cite...skrg nk sambung, sampai mana dah, lupa nk mula kt mana....ya...jumpa dah. Lepas puas menikmati pemandangan di Istana Topkapi, koi n wife dah puas menatap pemandangan yang sangat cantik dan saujana mata memandang ke arah Laut Marmara dan juga Selat Bhosphorus, juga memandang ke arah semenanjung Galata, arah Golden Horn, di mana sebuah kerajaan bukan Islam yang telah berdamai dengan Sultan Muhamed Fateh ketika usaha Sultan Al Fateh mengurangkan musuh seterusnya memudahkan usaha menawan Kota Konstantinopel...raja Galata ni lebih suka bernaung dengan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah daripada Maharaja Rom di Konstantinopel yang zalim....habis bateri dan dah penuh dah kamera koi...nak amik pict camane lepas nih.....jom balik bilik...koi ajak Lin, wife koi nak rehat dan save gmbr dulu dlm lptop...pasni amik gambar byk2 lagi!!! Lapo la plak....cari makan dulu hehhe...masuk restoran cari makanan yg ada nasi...alhamdulillah usai je makan, terus balik bilik...