Isnin, 10 Ogos 2009

Hari 2...sambung lagi.

Setelah lama tak mengarang, tak berkesempatan masanya.....kita sambung semula, agak lama dan puas menatap dan mengagumi Istana Topkapi ni, memori kad pun dh habis...hmmm. Rugi la kalau tak snap gmbr dgn byk...so, bg menyelesaikan masalah, kami decide balik bilik di, sambil rehat dan juga save gambar-gambar yg dh di'snap' Apa susah, hotel 10 minit je dari Istana Topkapi. Dalam perjalanan ke hotel, berhampiran Istana Topkapi menuju ke Aya Sophia dan juga Blue Mosque, kami singgah sekejap2 di kedai2 di deretan jalan untuk melihat barangan dan cenderahati.


Beberapa maklumat mungkin boleh digunakan :

Tiket :

Yerebatan Sarnici : 20TL = RM45 (lebih kurang la) seorang.

Istana Topkapi/Topkapi Sarayi : 20 TL seorang ( Harem Section bayaran lain).

Di sini x cukup setengah hari, mesti habiskan 1 hari baru betul-betul menghayati sejarah..memang best dan bermaklumat lawatan di sini.

Sebelah malam, saya n wife mengisi jadual dengan berjalan dan bersiar-siar di sekitar Istanbul Old Town dan menghirup udara malam Istanbul di persekitaran Blue Mosque dan melihat-lihat Aya Sophia pada waktu malam...memang mengagumkan kedua-dua binaan tersebut...suasana yg nyaman sangat terasa pada waktu malam berada di persekitaran Blue Mosque ni...para pelancong dan peniaga bertebaran di sekitaran. Uniknya minuman Teh Turki pelbagai perisa dijual secara terus kepada pelanggan tiada kedai tiada coffee house...walaupun diseberang jalan ada cafe...peniaga yang mencari rezeki terus mencari pelanggan yang duduk di bangku sekitar persiaran di antara Blue Mosque dan Aya Sophia...harga pun 1TL je secawan. Dihidang panas dan sangat membantu menangani kesejukan malam di Istanbul bagi kami.
Setelah rasa agak lewat dan keletihan dan juga telah membeli beberapa helai baju dan tanda mata dari peniaga benama Emrah, sepupunya, Murat dan juga mak Emrah, Mama Fatimah yang kami kenali setelah kira2 sejam berbual dgn Emrah yang ternyata sangat peramah...lantas Mama Fatimah menjemput kami untuk makan malam bersama. Kami bersetuju...inilah persaudaraan Islam yang begitu menyentuh hati ketika berada disana. Walaupun baru seketika berbual terasa Islam itu ternyata  mengatasi semangat perkauman dan rasa universal inilah yang Allah kehendak...di mana "Kami mencipta kamu berbagai bagai kaum supaya kamu mengenali satu sama lain".... Al Quran. Kami pulang ke hotel untuk menyimpan tenaga bagi lawatan esok hari. Esok ke Sile dan Agva...perkampungan Turki di Benua Asia.



Masjid Biru or Sultanahmet Camii @ Night...tgok le burung-burung camar berterbangan di atasnya!



 Pemandangan sebuah kampung tradisional di Sile, Asian Side, Turki.



  Guide/ pemandu pelancong ke Sile dan Agva. 




Jamuan makan malam bersama Emrah, Murat, Mama Fatimah dan juga Alias dari Kedah.